Search This Blog

Tuesday, March 3

Lawas Buang Air. Cepat dan selamat.

Topik hari ini saya nak ketengahkan isu biasa bagi kaum ibu. Lagi-lagi ibu baru dan yang menyusu. Kebiasaannya, disebabkan hormon progesteron dan kandungan zat besi yang berlebihan akan menyebabkan kita susah nak buang air.

Saya pernah juga kena untuk anak nombor satu sebab ilmu kurang di dada. Air minum dengan banyak tapi banyak juga yang keluar menjadi susu badan. Untuk anak yang kedua ni saya lebih bernasib baik sebab diperkenalkan dengan produk yang De bomb.

Perkara pertama anda kena buat ialah minum air yang banyak.
Dah minum? Okay. Then makan banyak sayur. Bila dalam pantang banyak sayur yang boleh menyebabkan bisa sebab sifatnya yang sejuk. 

Jadi, gantikan dengan oat. Tak sedap pulak... Sabar, saya pun tak suka oat. Lagi kalau dah masak dia jadi kembang berlendir. MasyaAllah mcm mana nak makan ni? 


Tapi sejak saya rasa Muesli Amway, I change my mind. Sedap, boleh telan dan yang pasti nak lagi. Saya makan dengan:
Red Flame Raisins (Amway)
Maple syrup (tak ingat brand apa)
Susu Segar panas boleh, sejuk lagi sedap
Pisang potong (bila ada)
Bila dah sebulan tak makan teringat semula sampai cari nak makan. Rasa macam ice cream pun ada.

Selain oat, kalau anda yang jenis malas nak prepare macam-macam, makan aje Lecithin E. Yang ni memang boleh buat lawas. Suami kata pagi-pagi kalau minum air pun dah boleh nak ke tandas. Tapi betul lah, ini berlaku kepada saya juga. Hanya perlu makan Lecithin E dan minum air bila bangun tidur, dah lawas dah.

So kepada anda yang ada masalah tak lawas ni. Cuba lah ya. Saya dah cuba dan ianya berjaya.

Kejayaan Pertama Saya

Alhamdulillah.
Hari ini saya travel ke Klang jumpa my twin sister untuk membawa dia ke dalam dunia Amway.
Of course being a business minded like she is, dia menerima baik dan dah pre-plan cara-cara nak kembangan kaki-kakinya lagi.


Isu sekarang yang menyebabkan Amway kurang mendapat perhatian ialah sebabnya konsep niaga MLM dah dikotori oleh MLM tempatan macam hidup segan mati tidak mahu. Kalau cakap MLM sahaja mesti produk tidak berapa qualiti. Paket cantik isi hampeh. Yang tidak best tu, nak join kena beli barang sampai ribu raban siap kena buat loan. Dah keluar gibu-gibu boleh pulak kedai tutup.


Tapi saya yakin dengan Amway, ianya bisnes yang boleh berjaya. Dah ramai dah berjaya dan ianya dah kekal di Malaysia dari tahun 70an. Di dunia? Sejak WWII (World War II) lagi. Satu-satunya syarikat MLM yang dapat lesen 10 tahun, tak macam yang lain-lain; hanya 3 tahun sahaja kena renew.
InsyaAllah demi mendapat kebebasan kewangan, kebebasan masa dan hasil pulangan yang diwarisi dengan mengamalkan tradisi makanan yang sihat.



Kebebasan Luar Biasa 2

Tapi, kita boleh dapatkan dua-dua. Percutian DAN kebebasan kewangan.
Pernah tak anda terfikir untuk pencen awal? Pernah terasa begitu penat bekerja dan begitu berat untuk ke pejabat? Pernah rasa terbeban untuk tinggalkan anak yang sedang sakit tetapi tak dapat ambil cuti sebab cuti dah habis? Kalau belum habis pun nanti Bos bising, mulalah kena hadap sindiran orang. Pernah rasa? Ya saya pun pernah rasa dan apa boleh kita buat? Kena hadap sebab nak hidup, nak kena bayar hutang nak kena bagi anak makan.

Tahu tak, kita boleh keluar dari bebanan ni? Tahu tak, bukan sahaja bebanan, kita diberi peluang untuk tak bekerja tapi masih dapat income. Bukan income biasa-biasa, income yang lumayan. Lagi diberi peluang melancong free taraf vvip. Saya honestly tak pandang sangat bahagian melancong tu. Tapi yang saya pandang adalah peluang duduk rumah dan jaga anak-anak sendiri. Duduk dengan mereka ajar melukis, bawa ke taman main basikal, bawa ke kelas swimming dan kelas musik. Sambil tu saya boleh pergi shopping. Tak risau duit habis. Macam angan-angan Mat Jenin. Ya, kalau saya belum pernah dengar perniagaan ni saya pun akan kata ni semua tipu belaka.

Tahu tak anda, barang-barang harian yang anda beli di Tesco, Mydin, Jusco, Family Store tu semua ada keuntungan yang berlipat kali ganda? Yang semuanya dikaup oleh penjual, pemborong dan pengeluar. Nak tak nak kena beli jugak. Tak nak beli syampu? Tak nak beli sabun mandi? Tak nak beli ubat gigi? Biar betul? Nak tak nak kena beli juga. Cuba anda bayangkan, kalau anda ada kedai sendiri. Andalah pengeluar, andalah penjual dan andalah pembeli. Anda rasa keuntungan tu anda dapat tak? Cuba bayangkan, anda beli barang keperluan harian anda, anda dapat duit. Tahukah anda, ada perniagaan seperti ini? Di mana hanya dengan bertukar kuasa pembeli anda boleh menikmati kehidupan yang lebih baik?
Konsep perniagaan ini adalah konsep sharing. Saya ajak anda, anda ajak rakan-rakan dan saudara mara. Semakin hari semakin ramai yang anda ajak. Multilevel marketing? Ya mmg MLM. So anda berhenti membaca? So anda mula mahu mengutuk? Jika ya, silakan. Saya tak heran. Dulu saya macam anda. Macam tahu sangat tapi sebenarnya langsung tak tahu apa-apa, akhirnya rugi sendiri. Sama seperti kita meraba dalam poket, ya ada duit seratus ringgit. Kalau saya tutup duit tu, saya tanya apa gambar kat duit tu, anda boleh jawab? Kalau boleh, cuba duit rm5? Rm10? Boleh jugak? Anda kerja bank ke?
Apa yang saya nak nyatakan, beri peluang kepada saya untuk terangkan. Seperti yang saya katakan tadi, keuntungan banyak memihak kepada pengeluar, pemborong dan peruncit. Tapi tak pernah kepada pembeli. Tapi sekarang ada perniagaan yang keuntungannya diberi kepada pembeli. Dengan syarat pembeli ni share ramai-ramai untuk minta saudara-mara dan sahabat handai tukar jenama, tukar kedai, tukar minda. Bila dah capai satu kuota, pembeli ni dapat bonus. Lagi ramai dalam kumpulan dia lagi banyak sehingga boleh mencecah income puluhan ribu.
Teruskan membaca...
Tapi...macam upline makan downline je. Wahai pembaca, tahukah anda, jika saya mahu berjaya saya mesti pastikan rakan-rakan saya berjaya juga? Jika dia tidak pandai meyakinkan orang lain saya perlu bantu dia dengan meneman atau mengajar dan melatih dia sehingga boleh. Business ni bukan 'one man's show'. Ini adalah perniagaan berasaskan kepimpinan. Yang penting, anda tidak menguntungkan orang lain. Tetapi diri anda sendiri.
Kalau anda ingin dapatkan kebebasan mutlak dari segi masa, Wang dan tenaga. Hubungi saya. Anda tolak anda rugi. Jika anda dalam kesusahan sekarang, apa salahnya mencuba dari terus berada dalam lubang kegelapan anda, ke kiri sempit ke kanan terhantuk. Saya berani mempunyai impian semula kerana perniagaan ini. Marilah, saya betul-betul ikhlas ingin mengajar anda cara keluar dari kepayahan anda itu.
0176650422 Adawiah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...