KECANTIKAN BERMULA DENGAN ARTISTRY
Kami percaya bahawa kecantikan lahir dari kebenaran. Kebenaran yang datang dari penemuan saintifik moden lagi teliti dan kepercayaan bahawa kecantikan tersendiri setiap wanita harus diraikan. Falsafah dan amalan ini telah menempatkan ARTISTRY di kalangan lima jenama penjagaan kulit premium dengan jualan terlaris di dunia, dan di kalangan sepuluh jenama kosmetik premium dengan jualan terlaris di dunia.*Alami manfaat luar biasa terus-menerus yang produk ARTISTRY boleh berikan kepada anda.
* Sumber Euromonitor International Limited; Pangkalan data Kecantikan dan Dandanan Diri, sektor kosmetik premium, RSP global 2009, klasifikasi nama jenama global
LEMBAGA PENASIHAT SAINTIFIK
Lembaga antarabangsa adalah kerjasama dinamik pakar terkemuka dalam penyelidikan kulit dan kesihatan yang memacu inovasi yang seterusnya menghasilkan produk untuk mencerahkan kulit dan melawan tanda-tanda penuaan yang ketara.
BELAJAR DARIPADA PAKAR KAMI
Pada tahun 2007, AMWAY membentuk satu pakatan strategik dengan ahli estetik dan pakar kulit antarabangsa yang terkenal Michelle D'Allaird. Kepakaran penjagaan kulit dan kecantikan Michelle meningkatkan lagi keupayaan wanita untuk meneroka dan membangunkan kecantikan masing-masing yang tersendiri.
KETAHUI SEJARAH JENAMA ARTISTRY
Ketahui asal usul jenama ARTISTRY, apabila Edith Rehnborg, isteri pengasas jenama NUTRILITE Carl Rehnborg, melancarkan rangkaian kosmetiknya pada tahun 1959.
No comments:
Post a Comment
Sila pastikan anda menggunakan bahasa yang beradab dan sopan. Disarankan anda memberi komen yang membina. Sebarang maklumbalas anda adalah sangat dihargai.