Search This Blog

Pemakanan & Kesihatan

Mengapa Nutrilite?

TERBAIK DARI ALAM TERBAIK DARI SAINS
Tahukah anda?
NUTRILITE merupakan satu-satunya jenama vitamin dan mineral global yang menanam, memetik dan memproses tumbuhan di ladangnya sendiri yang disahkan organik *
(Sumber Euromonitor International Limited, www.euromonitor.com/amway-claims, berdasarkan tinjauan bebas oleh firma penyelidikan pasaran antarabangsa Euromonitor Consultancy pada 2013)
NUTRILITE ialah jenama vitamin, mineral dan suplemen dietari yang menyediakan rangkaian suplemen lengkap untuk pelbagai keperluan termasuk pemakanan am, kesihatan jantung, pengurusan berat badan dan pemakanan kanak-kanak. NUTRILITE mendapatkan pekatan tumbuhan organik semula jadi yang kebanyakannya ditanam di ladang kami sendiri dan vitamin dan mineral yang sangat tulen dari seluruh dunia untuk memenuhi standard kualiti kami yang ketat. Semua bahan yang digunakan dalam produk NUTRILITE telah dikaji, diuji dan dirumus dengan terperinci untuk menghasilkan produk yang memenuhi keperluan pemakanan masyarakat ke arah mencapai kesihatan optimum.

Ladang-ladang yang organik


PROSES PERLADANGAN SEMULA JADI YANG UNIK
NUTRILITE ialah satu-satunya jenama vitamin dan mineral global yang menanam, memetik dan memproses tanaman di ladang kami sendiri yang disahkan organik. Semua ladang kami iaitu lebih 2590 hektar (6400 ekar) di California, Washington State, Mexico dan Brazil mengembalikan semula kesuburan tanah dan mengelakkan racun perosak, racun rumpai dan baja sintetik. Mereka juga adalah jiran global yang baik serta berdedikasi untuk berbakti kepada masyarakat.

Proses & Kualiti


NUTRILITE - KAMI TIDAK PERNAH BERKOMPROMI TENTANG KUALITI
NUTRILITE ialah jenama terkemuka vitamin, mineral dan suplemen dietari.* Mengapa? Ada di alam sekeliling kita! NUTRILITE ialah satu-satunya jenama vitamin dan mineral global yang menanam, memetik dan memproses tanaman di ladang kami sendiri yang disahkan organik. Kami menggunakan nutrien tumbuhan semula jadi dan organik, vitamin yang sangat tulen dan mineral semula jadi yang diperoleh dari seluruh dunia untuk memenuhi standard kualiti kami yang ketat. Saintis, juruteknik dan jurutera kami dari 20 bidang kajian yang berbeza bekerja berterusan untuk membangunkan rumusan, produk dan kaedah pemprosesan baru, menilai produk siap kami bagi memastikan ia memenuhi standard kualiti, keselamatan dan kecekapan dengan tepat. Setiap bahan yang digunakan dalam produk NUTRILITE menjalani penyelidikan, ujian dan rumusan terperinci agar hasilnya adalah produk yang dijamin dapat memenuhi keperluan pemakanan masyarakat dalam usaha mencapai kesihatan optimum. *berdasarkan jualan 2009.

Sains & Inovasi


NUTRILITE - MENAMBAH BAIK ALAM...SECARA SAINTIFIK
Suplemen NUTRILITE adalah hasil anugerah alam yang dianalisis dan diekstrak secara saintifik melalui proses terkawal yang teliti untuk menghasilkan suplemen yang selamat untuk kesihatan optimum. Bertahun-tahun dahulu, pengasas kami Carl Rehnborg merintis teknik canggih untuk menganalisis nilai pemakanan tumbuhan tertentu. Hari ini, saintis NUTRILITE di seluruh dunia menggunakan kaedah dan teknologi terkini untuk menambah baik cara mengekstrak kebaikan daripada tanaman kami secara maksimum dan menilai bahan baharu untuk produk kami. Saintis kami mengkaji rumusan baru dan kaedah pemprosesan inovatif, meneroka produk dan bahan baru yang dipertingkatkan dan menggunakan peralatan ujian dan analisis berprestasi tinggi untuk memaksimumkan pekatan tumbuhan untuk kandungan nutrien optimum.

No comments:

Post a Comment

Sila pastikan anda menggunakan bahasa yang beradab dan sopan. Disarankan anda memberi komen yang membina. Sebarang maklumbalas anda adalah sangat dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...