Search This Blog

Friday, March 6

Kelebihan Double X. Berkesan untuk semua jenis masalah kesihatan.

NUTRILITE™ Double X™ Multivitamin / Multimineral / Pekatan


Penerangan

Multivitamin/ Multimineral/ ConcentrateDOUBLE X membekalkan 

  • 12 vitamin penting
  •  9 mineral penting
  • 17 jenis pekatan tumbuhan yang berbeza dengan sebatian Tumbuhan Fitonutrien iaitu ceri aserola, alfalfa, bioflavonoid sitrus, oregano, brokoli, epal, asparagus, kranberi, anggur, kubis daun, marigold, tomato, delima, prun, rosmeri, beri biru liar dan tiada bahan pengawet, perisa tiruan atau bahan pewarna ditambah


  • 62 tablet multivitamin, 62 tablet multimineral, dan 62 tablet pekatan setiap pek
  • Dicipta untuk diambil dua kali setiap hari dengan sajian
  • Bungkusan kedap udara
  • Memberi jumlah vitamin, mineral dan fitonutrien bermanfaat yang optimum untuk jaminan pemakanan
  • Memberi bahan tumbuhan semula jadi dan fitonutrien yang berharga (sebatian tumbuhan)
  • Salutan tidak mengandungi lilin atau pengisi, ini membolehkan suplemen melarut dengan cepat agar nutrien boleh diperolehi. Tablet juga lebih mudah untuk ditelan. Lihat demo ini:


  • Sesuai terutamanya bagi mereka yang mahu mengelakkan bahan tambahan sintetik
  • Bekalan satu bulan yang menyenangkan; anda boleh membawanya ke mana-mana sahaja
  • Memberi asas yang kukuh bagi sebarang program suplemen
  • Dua kali sehari memberikan dua peluang untuk tubuh anda menyerap nutrien

Apa itu fitonutrien?
Fitonutrien merupakan bahan yang dijumpai di sesetengah tumbuh-tumbuhan dan herba yang mempunyai elemen penting dalam menawarkan penyakit, baik untuk memulihkan atau untuk mencegah penyakit.
Pekatan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai fitonutrien yang terkandung di dalam Double X adalah:

1. Ceri aserola - sumber vitamin C yang tinggi, 65 kali ganda dari buah oren - Ia dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi badan, menguatkan hati, membantu mencegah selesema, jangkitan, rambut gugur, dan masalah gigi.Kesan pengambilan ceri Acerola adalah sama seperti mengambil ibuprofen atau aspirin untuk sakit kepala. Ia juga telah terbukti boleh menentang proses penuaan sel-sel, membantu menghidratkan kulit dan mempergiatkan fungsi kapilari. Penduduk asli telah lama menggunakan Acerola untuk:
# merawat demam
# astringent
# tuberculosis
# hati, perangsang sistem buah pinggang
# kencing manis
# memulihkan luka
# radang
# fungsi jantung yang sihat
# penyakit reumatik
# bantuan berkhasiat untuk anemia

  
2. Alfalfa - masyarakat Cina banyak gunakan alfalfa untuk merawat masalah buah pinggang. 


#mengurangkan kolesterol
#menjaga kesihatan hati
#Detox badan dari bahan toxin di dalam darah
#mengurangkan tahap gulan dalam darah.
#mengurangkan sakit otot dan sendi.
#mengurangkan atau menghilangkan simtom menapause dan kesan #sampingannya.
#meningkatkan tahap tenaga
#mengurangkan kepenatan.

3. bioflavonoid sitrus,
4. oregano
5. brokoli
6. epal
7. asparagus
8. kranberi
9. anggur
10. kubis daun
11. marigold
12. tomato
13. delima
14. prun
15. rosmeri
16. beri biru liar
17. sej.


Tuesday, March 3

Pengawalan Lemak, Kolesterol dan Kegemukan


Ramai yang bertanyakan saya bagaimana saya mengawal figure. Mesti korang lepas ni akan cari gambar saya. Ye betul tidak minah ni. So sad to say saya suka bergambar tapi malas nak bergambar (does that make sense???). Just untuk panduan, selepas anak pertama, berat badan naik sehingga 58kg sebab selera makan mencanak-canak naik apabila menyusukan badan. Selepas anak kedua, sebab saya amalkan makan lecithin dan vitamin E makan banyak pun rasa okay lagi and betis ni masih betis saya bukan betis badak.

Lecithin ni adalah komponen utama untuk semua jenis sel. Bagi yang masih ingat membran sel (dalam kelas sains zaman dulu-dulu kala - harap korang tak ponteng hari cikgu ajar tu). Kegunaan dia ada banyak tapi yang paling saya suka sebab ni je yang saya kisahkanialah kegunaannya meningkatkan metabolisme pemecahan kolesterol dan mengawal lemak. Sangat berguna untuk orang yang mempunyai kolesterol tinggi dan yang dah kena stroke sememangnya kena makan forever.
L
agi satu. Korang pernah dengar dementia? Dementia tu sakit otak ialah penyakit neurologi. Lechitin ni adalah komponen utama dalam otak. So, dia menyebabkan sel-sel otak saling berhubung sistem saraf kita sihat dan tingkatkan memori. Elok ni untuk pelajar nak ambil exam, boleh study long hours and ingat berbuku-buku.


Vitamin E pulak ada banyak sangat kebaikan dia kalau saya nak tulis semua ambil masa sampai tertido, Korang baca pun tido jugak. Antara kebaikan yang sesuai dengan tajuk saya ni ialah dia elak dari pengerasan arteri oleh plak kolesterol dan...dan ni paling best, ia digunakan sebagai anti penuaan juga sebagai anti-oksidan.

Kalau nak bagitahu saya boleh poskan. Kalau dah cuba dan nak rekemen serta jual kat kengkawan mesej saya untuk special price. Memang tengah cari dropshipment ni.
0176650422 mesej sahaja. Sebab kadang-kadang anak tengah tido.


Hilangkan Sakit Kepala

Assalamualaikum, saya nak beri sedikit tips utk sesiapa yang selalu sakit kepala. Perkara ni selalu berlaku kepada saya dan Alhamdulillah sekarang dah hilang.

Saya selalu hidap sakit kepala ni semasa pantang dan selepasnya. Biasa mula dengan sakit belakang, then naik kat tengkuk dan mulalah sakit kepala berdenyut-denyut sampai nampak bintang pun ada. Memang antara sebabnya ialah tak cukup tidur. Iyelah, sesiapa ada anak kecik memang tak cukup tidur. Pagi pula dah kena bangun awal nak siapkan macam-macam untuk hantar ke babysitter lebih lagi say breastfeed.

Suami saya kesian kat saya jadi dia mulalah bertanya-tanya. Memang banyak feedback suruh ambil supplement. Untuk sakit kepala supplementnya ialah minyak ikan salmon. Sebab minyak ikan salmon ni ada omega 3 dan DHA. Omega3 dan DHA ni tidak dihasilkan oleh badan kita dan perlu ambil dari diet harian. Omega3 ni adalah kandungan utama dalam otak kita dan ianya diperlukan untuk kognitif iaitu memory dan pemikiran. Bila kurangnya Omega3 ni kita akan mudah mendapat macam-macam penyakit antaranya kepenatan melampau, mood swing, kulit kering dan sakit jantung.

So kesimpulannya makan minyak ikan salmon. The best product so far yang saya pasti ialah Salmon Omega Complex dari Nutrilite Amway. Ada banyak sebab kenapa produk ni baik. Itu nanti saya cerita ceriti post lain. Disarankan makan satu kapsul sahaja sehari. Jangan ambil lebih sebab ia boleh memudaratkan.

Lawas Buang Air. Cepat dan selamat.

Topik hari ini saya nak ketengahkan isu biasa bagi kaum ibu. Lagi-lagi ibu baru dan yang menyusu. Kebiasaannya, disebabkan hormon progesteron dan kandungan zat besi yang berlebihan akan menyebabkan kita susah nak buang air.

Saya pernah juga kena untuk anak nombor satu sebab ilmu kurang di dada. Air minum dengan banyak tapi banyak juga yang keluar menjadi susu badan. Untuk anak yang kedua ni saya lebih bernasib baik sebab diperkenalkan dengan produk yang De bomb.

Perkara pertama anda kena buat ialah minum air yang banyak.
Dah minum? Okay. Then makan banyak sayur. Bila dalam pantang banyak sayur yang boleh menyebabkan bisa sebab sifatnya yang sejuk. 

Jadi, gantikan dengan oat. Tak sedap pulak... Sabar, saya pun tak suka oat. Lagi kalau dah masak dia jadi kembang berlendir. MasyaAllah mcm mana nak makan ni? 


Tapi sejak saya rasa Muesli Amway, I change my mind. Sedap, boleh telan dan yang pasti nak lagi. Saya makan dengan:
Red Flame Raisins (Amway)
Maple syrup (tak ingat brand apa)
Susu Segar panas boleh, sejuk lagi sedap
Pisang potong (bila ada)
Bila dah sebulan tak makan teringat semula sampai cari nak makan. Rasa macam ice cream pun ada.

Selain oat, kalau anda yang jenis malas nak prepare macam-macam, makan aje Lecithin E. Yang ni memang boleh buat lawas. Suami kata pagi-pagi kalau minum air pun dah boleh nak ke tandas. Tapi betul lah, ini berlaku kepada saya juga. Hanya perlu makan Lecithin E dan minum air bila bangun tidur, dah lawas dah.

So kepada anda yang ada masalah tak lawas ni. Cuba lah ya. Saya dah cuba dan ianya berjaya.

Kejayaan Pertama Saya

Alhamdulillah.
Hari ini saya travel ke Klang jumpa my twin sister untuk membawa dia ke dalam dunia Amway.
Of course being a business minded like she is, dia menerima baik dan dah pre-plan cara-cara nak kembangan kaki-kakinya lagi.


Isu sekarang yang menyebabkan Amway kurang mendapat perhatian ialah sebabnya konsep niaga MLM dah dikotori oleh MLM tempatan macam hidup segan mati tidak mahu. Kalau cakap MLM sahaja mesti produk tidak berapa qualiti. Paket cantik isi hampeh. Yang tidak best tu, nak join kena beli barang sampai ribu raban siap kena buat loan. Dah keluar gibu-gibu boleh pulak kedai tutup.


Tapi saya yakin dengan Amway, ianya bisnes yang boleh berjaya. Dah ramai dah berjaya dan ianya dah kekal di Malaysia dari tahun 70an. Di dunia? Sejak WWII (World War II) lagi. Satu-satunya syarikat MLM yang dapat lesen 10 tahun, tak macam yang lain-lain; hanya 3 tahun sahaja kena renew.
InsyaAllah demi mendapat kebebasan kewangan, kebebasan masa dan hasil pulangan yang diwarisi dengan mengamalkan tradisi makanan yang sihat.



Kebebasan Luar Biasa 2

Tapi, kita boleh dapatkan dua-dua. Percutian DAN kebebasan kewangan.
Pernah tak anda terfikir untuk pencen awal? Pernah terasa begitu penat bekerja dan begitu berat untuk ke pejabat? Pernah rasa terbeban untuk tinggalkan anak yang sedang sakit tetapi tak dapat ambil cuti sebab cuti dah habis? Kalau belum habis pun nanti Bos bising, mulalah kena hadap sindiran orang. Pernah rasa? Ya saya pun pernah rasa dan apa boleh kita buat? Kena hadap sebab nak hidup, nak kena bayar hutang nak kena bagi anak makan.

Tahu tak, kita boleh keluar dari bebanan ni? Tahu tak, bukan sahaja bebanan, kita diberi peluang untuk tak bekerja tapi masih dapat income. Bukan income biasa-biasa, income yang lumayan. Lagi diberi peluang melancong free taraf vvip. Saya honestly tak pandang sangat bahagian melancong tu. Tapi yang saya pandang adalah peluang duduk rumah dan jaga anak-anak sendiri. Duduk dengan mereka ajar melukis, bawa ke taman main basikal, bawa ke kelas swimming dan kelas musik. Sambil tu saya boleh pergi shopping. Tak risau duit habis. Macam angan-angan Mat Jenin. Ya, kalau saya belum pernah dengar perniagaan ni saya pun akan kata ni semua tipu belaka.

Tahu tak anda, barang-barang harian yang anda beli di Tesco, Mydin, Jusco, Family Store tu semua ada keuntungan yang berlipat kali ganda? Yang semuanya dikaup oleh penjual, pemborong dan pengeluar. Nak tak nak kena beli jugak. Tak nak beli syampu? Tak nak beli sabun mandi? Tak nak beli ubat gigi? Biar betul? Nak tak nak kena beli juga. Cuba anda bayangkan, kalau anda ada kedai sendiri. Andalah pengeluar, andalah penjual dan andalah pembeli. Anda rasa keuntungan tu anda dapat tak? Cuba bayangkan, anda beli barang keperluan harian anda, anda dapat duit. Tahukah anda, ada perniagaan seperti ini? Di mana hanya dengan bertukar kuasa pembeli anda boleh menikmati kehidupan yang lebih baik?
Konsep perniagaan ini adalah konsep sharing. Saya ajak anda, anda ajak rakan-rakan dan saudara mara. Semakin hari semakin ramai yang anda ajak. Multilevel marketing? Ya mmg MLM. So anda berhenti membaca? So anda mula mahu mengutuk? Jika ya, silakan. Saya tak heran. Dulu saya macam anda. Macam tahu sangat tapi sebenarnya langsung tak tahu apa-apa, akhirnya rugi sendiri. Sama seperti kita meraba dalam poket, ya ada duit seratus ringgit. Kalau saya tutup duit tu, saya tanya apa gambar kat duit tu, anda boleh jawab? Kalau boleh, cuba duit rm5? Rm10? Boleh jugak? Anda kerja bank ke?
Apa yang saya nak nyatakan, beri peluang kepada saya untuk terangkan. Seperti yang saya katakan tadi, keuntungan banyak memihak kepada pengeluar, pemborong dan peruncit. Tapi tak pernah kepada pembeli. Tapi sekarang ada perniagaan yang keuntungannya diberi kepada pembeli. Dengan syarat pembeli ni share ramai-ramai untuk minta saudara-mara dan sahabat handai tukar jenama, tukar kedai, tukar minda. Bila dah capai satu kuota, pembeli ni dapat bonus. Lagi ramai dalam kumpulan dia lagi banyak sehingga boleh mencecah income puluhan ribu.
Teruskan membaca...
Tapi...macam upline makan downline je. Wahai pembaca, tahukah anda, jika saya mahu berjaya saya mesti pastikan rakan-rakan saya berjaya juga? Jika dia tidak pandai meyakinkan orang lain saya perlu bantu dia dengan meneman atau mengajar dan melatih dia sehingga boleh. Business ni bukan 'one man's show'. Ini adalah perniagaan berasaskan kepimpinan. Yang penting, anda tidak menguntungkan orang lain. Tetapi diri anda sendiri.
Kalau anda ingin dapatkan kebebasan mutlak dari segi masa, Wang dan tenaga. Hubungi saya. Anda tolak anda rugi. Jika anda dalam kesusahan sekarang, apa salahnya mencuba dari terus berada dalam lubang kegelapan anda, ke kiri sempit ke kanan terhantuk. Saya berani mempunyai impian semula kerana perniagaan ini. Marilah, saya betul-betul ikhlas ingin mengajar anda cara keluar dari kepayahan anda itu.
0176650422 Adawiah.

Kebebasan Luar Biasa

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

Saya sekarang ni sedang melalui waktu getir dlm kehidupan saya. Banyak yang saya tak dapat luahkan kepayahan saya sekarang. Badan memang sedang menjerit lenguh-lenguh. Mana taknya, saya kerja sahaja tujuh hari seminggu. Kerja hakiki di KYSM dan perniagaan saya di tempat tuisyen. Kadang tu pergi kerja pagi pukul 7, balik dah petang pukul 7 kemudian kelas malam pula. Semuanya untuk cari sumber rezeki yang halal.

Memang dah ditakdirkan untuk saya menjadi 'bread winner'. Suami pula sampai sekarang masih belum rezeki dia untuk mampu tanggung keluarga. Saya memang berterus terang kat sini sebab saya rasa dia akan capai impian kami satu hari nanti sebab dia masih gigih usaha walaupun hasilnya masih jauh dari mencukupi. Susah dia saya nampak. Kecewa dia pun saya nampak. Kadang bila saya salah kan dia sebab tak sabarnya saya, dia masih boleh redakan saya dan minta saya untuk terus bersabar.

Kalau ikut kan saya dah putus asa. Dia pun putus asa. Saya ada berdoa kepada Allah untuk keluarkan kami dari bebanan ini. Dan sekarang ni saya yakin, Allah dah sambut permintaan saya. Dia temukan suami dengan satu peluang yang tiada tolok bandingnya. Perkara ni saya dah pernah dengar tapi tak pernah tahu. Ianya sama seperti kita mencari barang dalam gambar yang tersembunyi. Bendanya ada depan mata, tapi kita tak nampak.
Sekarang saya dah nampak. Suami yang buat saya nampak. Sebab masa dia mula-mula cerita kan pada saya peluang berniaga ni saya marah dia dan kata macam-macam. Tapi saya bersabar dan fikir positive. Masa ni lah saya teringatkan doa saya pada Allah. Sy rasa Dia sedang berikan jawapan kepada rintihan saya.

Sekarang ni, walaupun belum lagi capai kejayaan yg saya impikan. Sekurang-kurangnya saya kembali berani berimpian besar. Berani mempunyai cita-cita. Saya seperti dari berada dalam gua yang gelap tiada jalan keluar, dan dalam keadaan cemas setiap masa diberi satu pintu yang sangat terang. Walaupun masih jauh, tapi saya nampak jalan keluar tu.

Syukur dan syukur. Sekurang-kurangnya saya kembali berani mempunyai impian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...